Maka terkunag-kunanglah makhluk seni tampak apabila melihat sajak itu dilukiskan. Mungkin terpingga atas dasar ‘bosan’, ada yang pelik atau ada yang bertanya mengapa samad said melukis ‘kata’ abstraknya, dari sajak yang agak abstrak juga. Ada orang bertanya sejak bila samad said melukis. Anugerah senimannya datang dari melukis atau dari sasterawan. Mungkin dia nak jadi seniman melukis , macam syed ahmad jamal. (apa komen si Ahmad Jamal – seniman Negara – tidak kah tergugat atau sama standard?). dalam hal ini nur hanim perlu diterima kasihkan kerana beliau adalah pembawa samad said kedunia lukisan. Tapi bagaimana samad said sendiri dalam memperkatakan akan hal dirinya sebagai pelukis seni. Tidak kah ia berasa segan pada ahmad jamal atau dengan pelukis lain yang masih berhempas pulas menjadi pelukis dengan pengajian seni yang bertahun dalam menghadapi perkara ini . adakah mereka rela? Tidakkah mereka jealous apabila samad said ditempatkan dengan mudah diruang balai senilukis Negara padahal ramai pelukis lain meleleh air liur sehingga kini masih tak merasa sebagaimana samad said kecapi. Adakah sebab kerana ia seorang sasterawan Negara. Kerana sebelum ini seniman Negara, Syed Ahmad Jamal baru saja melangsungkan pamerannya ditempat yg sama. Maka dia pun kepunan berpameran juga, seperti Syed Ahmad jamal. Kalau begitu, maka lain kali disuruhkan lah jua akan seniman –seniman Negara yang lain isi borang untuk berpameran dibalai senilukis Negara juga. Setahu saya samad said terkenal dengan ‘salinanya dan tPinkenya’, apa sudah jadi dengan karya sebegitu. Tidak kah beliau ingin menulis novelnya lagi dari melukis. Adakah melukis itu suatu hiburan perasaan bagi nya dari menulis novel yang mana mungkin bagi nya sudah bosan. Atau mungkin bayarannya tidak setimpal dengan harga sebuah lukisan. Atau dia dah ‘fedup’ dengan dunia sasteranya yang amat politikal? Tetapi walaubagaimanapun, pada hakikatnya anugerah seniman Negara itu perlu difikirkan kembali...kerana yang memberinya adalah dari Negara juga. Oleh itu beliau tak boleh persiakan anugerah tersebut dan perlu dilihat akan fungsinya sebagai seniman Negara? Beliau harus berjuang dengan dunia sasteranya dan seharusnya menghasilkan karya sasteranya dengan mantap setaraf anugerah yang diterimanya...beliau seharusnya meletak dirinya setaraf dengan pramoedya anatartur dalam dunia Malaysia. Beliau tak perlu melukis...
Yang pelik mengapa beliau melukis? adakah melukis ini sesiapa saja boleh buat...conteng-conteng maka jadilah ‘art’...boleh jual pula...syok betul! Ditambah pula dengan baca sajak, maka itulah tahap seniman yang tertinggi, serta sempurnalah sifat senimannya yang berbakat itu. Tapi sebaliknya mungkin ada orang lain bertanya...salahkah samad said melukis? Jawapannya tak salah, sebab itu adalah hak dia sebagai seniman? Tapi bagaimana pula pandangan pelukis? Adakah apa yang dibuatnya itu betul?
Sekarang mari kita lihat apa yang dilukis oleh samad said? Oh...dia melukis sajaknya ala-ala abstrak. Macam abstrak expressionist? Dalam hal ini mungkin kita boleh tanya yusuf gani, pakar abstrak expressionist malaysia, macam mana pandangan yusuf gani agaknya? Mungkin beliau amat menyetujui dan terharu akan apa yang dihasilkan oleh samad said. Soalnya mengapa samad said melukis ala-ala abstrak expressionist? Kalau nak melukis tak ada cara lain yang lebih ‘interesting’ lagi ke? Perlu ke samad said melukis ala-ala abstrak expressionist tu? Tanya seorang teman pelukis lain. Kalau joseph kosuth melihat akan kata-kata maka dia pun membuatlah akan kata-kata tersebut, sebegitu juga dengan jenny holzer atau barbera kruger, maka mereka bermain-main kata tersebut secara semiotiknya? Mengapa samad said tak bermain-main dengan kata-kata juga secara visual ala-ala joseph kosuth? atau mungkin ala-ala alahyarham ahmad khalid yusuf, pelukis jawi negara atau ala-ala mark tobey atau cy thombly?



Di petik dari pandangan seseorang : Kalau samad said di dalam pameran solo pertama (Daerah Samad, 2007) yang kelihatan lebih halus, gestural dan meditatif, karya-karya terbaru ini menonjolkan sapuan yang lebih ‘perkasa’, ‘ganas’ dan penuh yakin seiring dengan nuansa yang menyelubungi detik-detik pengkaryaan lukisan-lukisan tersebut. Namun KATA LUHUR (pameran terkini) adalah rakaman visual serta ‘catatan batin bangsa’ sebuah era yang sarat dengan kisah resah gelisah serta gelora seorang sasterawan dalam menongkah sebuah kehidupan, berbaur dengan pelbagai episod yang mengitari daerah bahasa dan bangsanya. Soalnya bagaimana gelora seorang seniman menongkah kehidupan dengan pelbagai episode dalam pernyataan visual yang lebih menyakinkan sebagaimana dilakukan oleh joseph kosuth?
Mungkin beliau boleh berkolaberasi dengan nur hanim, rahmat harun, atau seangkatan dengan nya? Apakata nurhanim and geng? Ini peluang besar ni...bukan senang nak buat show dengan seniman Negara. Mungkin boleh juga...begitu keluhan nurhanim agaknya....mungkin lepas ni samad said buat installation pula.
Mungkin beliau boleh berkolaberasi dengan nur hanim, rahmat harun, atau seangkatan dengan nya? Apakata nurhanim and geng? Ini peluang besar ni...bukan senang nak buat show dengan seniman Negara. Mungkin boleh juga...begitu keluhan nurhanim agaknya....mungkin lepas ni samad said buat installation pula.
Tiba-tiba...suatu nada dari seseorang bertanya. Dia ni penyajak juga, pelukis terkenal Negara tapi belum dinobatkan lagi sebagai seniman Negara?
Aku buat sajak dan melukis juga, tapi aku melukis dalam seni lukis dan aku bersajak dalam penerbitan sajak saja. Tak pandai pula aku campur aduk – begitu keluhan latiff mohidin. Setahu ku latiff ni dah lama bersajak dan melukis.
Mungkin dengan cara latiff itu maka tergetar lah inspirasi samad said untuk membuat benda yang sama. Kerana aku penyajak, maka aku pun boleh juga rasanya melukis juga...apa salahnya, latif penyajak dia pun melukis juga, jual ribu-ribu pula!!!...aku pun nak buat serupa dia le...
tapi kalau diperhatikan secara mendalam akan keduanya mungkin agak berbeza atau mungkin sama...apa kata mu... latif dengan pago-pagonya...betul ke samad said tu...syornya eloklah samad said tu menulis novelnya lagi bagus dari melukis...sebab bahasa abstrak visualnya agak kekok....
*gambar dari web balaisenilukis negara.
13 comments: